VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

G-Dragon lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di kem tentera

Written by on 27/06/2018

Gara-gara mengalami kecederaan ketika menjalani latihan, penyanyi popular K-Pop, G-Dragon dituduh menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti terkenal bagi mendapatkan layanan istimewa di hospital khas untuk pelatih tentera.

Koreaboo melaporkan G-Dragon lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di kem tentera sejak dia memulakan latihan dengan alasan mengalami kecederaan pada pergelangan kakinya.

Anggota Big Bang itu dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada April lalu dan diberikan cuti sakit selama 10 hari sebanyak dua kali.

Dia sekali lagi dimasukkan ke Hospital Yangzhou Armed Forces pada 19 Jun lalu dan dia didakwa meminta cuti sakit selama 10 hari.

G-Dragon dijangka keluar hospital pada 28 Jun ini.

Lebih menjengkelkan, G-Dragon didakwa meminta dimasukkan ke wad VIP yang tidak diberikan kepada mana-mana pelatih tentera.

Biliknya dilaporkan mempunyai ruang yang luas selain dilengkapi penghawa dingin, peti sejuk dan televisyen.

Malah keluarga dan rakan terdekatnya turut dibenarkan menziarahnya walaupun pada bukan waktu melawat.

 

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *