G-Dragon cedera semasa berada di Kem Tentera

Written by on 24/03/2018

Foto Ehsan Instagram G-Dragonn Official

PEMINAT bimbang akan kesihatan G-Dragon selepas foto penyanyi itu yang sedang menjalani latihan ketenteraan tersebar di laman sosial dengan tangan kanan cedera.

Menerusi foto tersebut, anggota kumpulan Big Bang itu lengkap berpakaian tentera namun dia memakai anduh pada tangan kirinya yang membuatkan peminat tertanya-tanya apa berlaku kepada penyanyi kesayangan mereka itu.

“Adakah tangannya patah? Baru beberapa hari dia sertai latihan ketenteraan kenapa boleh cedera?

“Jangan jatuh sakit Oppa! Jaga diri anda baik-baik,” tulis peminat yang bimbang tentang keadaannya di laman sosial.

Bagaimanapun rata-rata memuji G-Dragon yang dilihat segak dan kacak memakai pakaian tentera.

G-Dragon kini sedang menjalani latihan ketenteraan bersama divisyen dikenali sebagai White Skull selama dua tahun.

Sumber : MStar Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background