G-Dragon beli bangunan 6 tingkat berharga RM33.2 juta

Written by on 04/09/2018

 

SELEBRITI K-POP terkenal G-Dragon dilaporkan membeli sebuah bangunan berkeluasan 11,000 kaki persegi dengan harga dianggarkan AS$8.3 juta (RM33.2 juta).

Koreaboo melaporkan bangunan itu terletak di kawasan elit dan hartanah termahal di Seoul iaitu Cheongdam.

Bangunan enam tingkat itu mendapat perhatian disebabkan rekaannya yang unik dan moden selain dihiasi dengan tingkap besar diperbuat daripada kaca.

Sejak berita anggota kumpulan Big Bang itu membeli hartanah itu, bangunan tersebut menjadi tumpuan peminat dan pelancong yang ingin melihat secara dekat keunikan bangunan tersebut.

G-Dragon juga mendapat jolokan raja hartanah kerana turut memiliki beberapa buah bangunan lain di beberapa kawasan elit di Seoul.

 

Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background