VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Fizo Omar teruja selepas penantian selama 4 tahun

Written by on 03/01/2018

Foto Ehsan Instagram @fizoomar

FIZO Omar, 33, pelakon & usahawan berkongsi pengalaman menyaksikan isterinya, Mawar Abdul Karim bersalin secara pembedahan pada 29 Disember lalu.

Mawar, 29, yang juga pengasas tudung Fareeda itu selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.78 kilogram.

“Saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ketika melihat sendiri Dr Hamid Arshat dan pembantunya ‘memotong’ perut isteri depan mata dan mengeluarkan anak kami yang ditunggu-tunggu sepanjang empat tahun berkahwin.

“Syukur saya diizinkan Allah untuk merasai fasa bernikah dan mempunyai zuriat. Walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama dan pada masa sama isteri melalui pelbagai cabaran untuk hamil.

“Lebih mengujakan apabila saya diberi peluang untuk masuk ke bilik bedah dengan menyaksikan isteri mengharungi setiap saat getir dan bertarung nyawa untuk melahirkan bayi sulung kami,” katanya.

Fizo yang juga penceramah motivasi berkata, dia turut bimbang ketika proses pembedahan dijalankan. Pada masa sama, perasaannya bercampur teruja untuk melihat wajah anak.

Apatah lagi impiannya untuk memiliki anak akhirnya dimakbulkan Allah.

“Sampai sekarang saya masih tak percaya apabila boleh berdiri dan menyaksikan proses pembedahan itu.

“Dalam kepala bukan memikirkan mengenai darah atau perut isteri yang ‘ditebuk’ itu, tetapi apa yang saya fikir dan bimbangkan adalah bagaimana keadaan anak. Ketika itu saya pula sudah tidak sabar nak melihat zuriat sendiri.

“Bukan saja empat tahun saya menunggu, malah sejak bujang saya memang tak sabar nak ada anak sendiri. Memiliki anak adalah impian utama saya dalam hidup,” katanya.

Dan di bawah ini adalah sedikit sedutan video yang di muatnaik oleh Fizo sendiri dalam Instagram beliau.

 

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : HMetro Online & Instagram @fizoomar

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *