Firman jarang balik Sabah

Written by on 13/09/2018

Firman Bansir, 29, menafikan dia sering balik ke kampungnya di Tawau, Sabah hingga menyebabkan promosi single terbaru kumpulan itu, Mengejar Rindu dilakukan terhad.

Firman ketika dihubungi berkata, memang dia akan pulang ke Sabah apabila ada urusan keluarga termasuk jika diundang membuat persembahan nyanyian.

“Sebenarnya, sekarang saya ada saja di Kuala Lumpur dan agak terkejut juga apabila timbul cerita yang mengaitkan saya selalu balik ke Sabah.

“Bagi saya, kalau selalu balik ke Sabah pun apa salahnya kerana ibu bapa masih di kampung dan mereka sudah tua. Jadi, sebagai anak wajar untuk saya ziarah mereka, namun saya juga masih sedar pada tanggungjawab kerjaya terutama sebagai vokalis Hyper Act dan hingga kini kami aktif lagi menerima tawaran persembahan menyanyi,” katanya.

Apapun, Firman tidak menafikan aktiviti promosi dan publisiti single Mengejar Rindu memang agak terhad dilakukan. Katanya, ia berpunca daripada kesibukan jadual kumpulan itu.

“Apatah lagi, single Mengejar Rindu hasil ciptaan Akir Hyper Act dan lirik ditulis oleh Frozen adalah lagu tema untuk drama Cinta Fatamorgana arahan Heykal Hanifah di TV3 pada Ramadan lalu.

“Cuma, baru sekarang single Mengejar Rindu mendapat perhatian di radio seterusnya tersenarai dalam carta lagu harian dan mingguan popular.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : HMetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background