Firman utamakan Hyper Act

Written by on 05/02/2018

 

FIRMAN Bansir, 29, vokalis Hyper Act tetap pada janjinya untuk mengutamakan tawaran persembahan berkumpulan berbanding permintaan menyanyi solo.

Walaupun akui berhadapan dilema untuk membuat keputusan, Firman tetap memberi keutamaan kepada Hyper Act yang disertainya sejak Julai tahun lalu.

Katanya, dia tidak boleh bersikap pentingkan diri kerana rakan lain, Akir (keyboard), Ejam (dram), Loco (keyboard) dan Etan (gitar) juga memerlukan sumber pendapatan sepertinya.

“Ada anggota Hyper Act yang berkeluarga dan mereka memerlukan pendapatan tambahan. Oleh itu, saya harus utamakan tawaran menyanyi dengan kumpulan.

“Kalau tawaran menyanyi solo, saya akan pasti ambil cuma sekali dalam sebulan. Tidak dinafikan saya berhadapan dengan dilema juga untuk membuat keputusan tetapi Hyper Act tetap keutamaan,” katanya.

Firman yang juga bagi memudahkan urusan persembahan dia selalunya akan membawa dua atau tiga orang anggota Hyper Act yang lain untuk mengiringinya.

Juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) itu lega kerana single Kasih mendapat sambutan. Katanya, dia makin yakin sudah membuat keputusan betul untuk memberi fokus bergerak aktif bersama Hyper Act.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : hmetro Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background