Fazura belum bagi sebarang kenyataan berkenaan kehamilannya

Written by on 18/04/2018

Baru-baru ini, kehadiran Fazura di sebuah majlis fesyen telah menimbulkan keseronokan dan rasa gembira buat peminat pelakon wanita berkenaan. Jika diperhatikan, tidak dapat dinafikan bahawa terlihat baby bump Fazura dalam salah satu gambar yang dimuatnaiknya.

Perkara tersebut sekaligus membuatkan peminatnya memenuhi komen dengan ucapan tahniah malah ada yang tidak sabar-sabar menantikan kehadiran cahaya mata pasangan ini. Namun tuan empunya badan sehingga kini belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.

Awal Januari lalu, perkhabaran tentang Fazura telah hamil turut diperkatakan malah perubahan ketara apabila dia turut makan dalam kuantiti yang banyak dan kenyataan mengidam yang diluahkan oleh pelakon wanita ini ternyata menguatkan lagi harapan peminat.

Apa pun, jika benar Fazura sudah mengandung, tahniah diucapkan. Semoga sihat-sihat sahaja dan dipermudakan segala urusan menjelang hari paling bermakna menimang cahaya mata yang diimpikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Sumber : Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current track
Title
Artist

Background