VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Fattah Amin & Fazura sah bertunang

Written by on 25/11/2017

  1. Sidang media pengumuman Fattah Amin & Fazura

DAKWAAN mengenai pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sudah bernikah akhirnya sudah terjawab apabila pasangan itu telah mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah. Pasangan itu akan mengadakan sidang media pada 23 November baru-baru ini mengenai status sebenar hubungan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura terjawab selepas pasangan itu mengaku mereka sudah bertunang. Semua persoalan daripada peminat serta media hiburan sudah terjawab apabila pasangan ini ditemui di sidang media berhubung isu perkahwinan rahsia mereka di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketika mereka berada di Tanah Suci, pelbagai spekulasi yang timbul menyatakn bahawa pasangan itu berkahwin di Tanah Suci, namun mereka menafikan dan juga berhasrat ingin melalui proses perkahwinan seperti orang lain.

“Saya dan Fazura juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain. Daftar kursus kahwin dan uruskan dokumen kahwin.

“Kami mahu berkongsi berita gembira ini selepas kami pulang tapi banyak pula spekulasi yang timbul,” ujarnya.

Fattah Amin dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun resepsi akan diadakan pada tahun depan. Untuk cerita lebih lanjut, klik sini…

 

Sumber : mStar Online & budiey.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *