VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Fattah Amin dan Fazura Bernikah ?

Written by on 20/11/2017

HEBOH cerita pasal “Fattah Amin dan Fazura bernikah senyap-senyap” kebelakangan ini di media sosial dan portal hiburan tempatan. Namun penafian kedua-dua selebriti tersebut membuat banyak andaian daripada netizen serta peminat-peminat mereka. Disebabkan pernah sebelum ini tular di portal hiburan serta di beberapa media sosial lain bahawa Fattah,27 serta Fazura, 34 akan melansungkan pertunangan pada tarikh 13hb November 2017, namun sampai sekarang belum ada khabar berita. Malahan tular pula gosip di mana mereka telah bernikah secara senyap-senyap di sebuah rumah milik nenek Fazura di kampung baru-baru ini.

Dakwaan mengenai pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sudah bernikah pada malam Selasa mungkin terjawab apabila pasangan itu berjanji untuk mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah. Pasangan itu akan mengadakan sidang media pada 23 November ini menerusi kenyataan yang dikeluarkan mStar Online.

“Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November. “Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini,” kata kenyataan itu.

Apa-apapun kita doakan semoga perjalanan mereka dipermudahkan di Makkah. Pasangan ini serta ahli keluarga masing-masing berlepas ke kota suci Makkah bagi menunaikan umrah.

Sumber : www.mstar.com.my

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *