VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Belum ada lelaki yang dapat menambat hati Fasha Sandha

Written by on 14/12/2017

Foto ehsan instagram @fashasandha

 

Pelakon Fasha Sandha tidak terburu-buru mencari calon suami mengaku belum ada jejaka menambat hatinya untuk bercinta sekali lagi. Fasha akui beliau senang berkawan dengan jejaka tanpa mengira latar belakang.

Namun, ketika ini, hatinya lebih tenang dan bahagia bersama anak-anak iaitu Putri Raysha Jemaima yang berumur dua tahun dan Putra Rayfal Ramli yang menginjak usia empat tahun.

“Buat masa sekarang, belum ada lelaki yang dapat menambat hati saya menjadi kekasih. Saya masih berkawan tetapi saya lebih selesa dan bahagia dengan kehidupan sekarang bersama anak-anak.

“Saya tidak memilih. Sesiapa saja yang ingin berkawan pun boleh. Tak kiralah dia kenamaan mahupun pelawak. Apa yang penting, mereka faham dan boleh terima saya dengan mereka sekadar berkawan,” katanya kepada BH Online.

Namun, aktres berusia 34 tahun ini mengaku rimas dan tidak selesa apabila ada beberapa jejaka berusaha untuk lebih dekat dengannya sehingga sanggup menunggu di set penggambaran.

“Saya tak suka sebab saya bekerja. Tidak manis kru produksi nampak kerap datang set menunggu saya. Tetapi, saya cakap baik-baik bahawa saya tak nak dia datang,” katanya.

Mengenai desas-desus dirinya berkawan dengan pegawai kanan polis, Fasha tidak menafikannya. Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : bharian.com.my & Instagram @fashasandha

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *