VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Fasha Sandha menceburi bidang penerbitan televisyen

Written by on 09/01/2018

Foto Ehsan Instagram @fashahsandha

PELAKON Fasha Sandha, 16 tahun dalam kerjaya seninya mengakui dia tidak pernah terfikir akan bergelar seorang penerbit.

Bagaimanapun, kata Fasha persepsi itu berubah sama sekali apabila dia diberikan peluang dan kepercayaan untuk menceburi bidang penerbitan televisyen sejak tiga bulan lalu.

“Memang betul selama saya jadi pelakon, saya selalu cakap pada diri sendiri saya tidak akan jadi penerbit sebab akan pening kepala dan tak menguntungkan sangat.

“Saya selesa dan senang menjadi pelakon. Hanya tunaikan tanggungjawab mengikut kehendak skrip dan watak dan terima bayaran atas kerja saya. Selebihnya (tentang operasi sesebuah produksi) saya tidak perlu fikir sangat,” katanya yang ditemui di set rakaman sitkom Mamu Mami Gosip di Seri Kembangan di sini, petang Sabtu.

 

 

Sitkom 50 episod arahan Aizam Syamsul itu adalah karya sulung terbitan Fasha menerusi syarikat produksinya sendiri, FS Creative Sdn Bhd yang ditubuhkan dua bulan lalu.

Selain Fasha, sitkom itu turut dibintangi Kazar Saisi, Dalimawati, Tauke (Jambu), Amyza Aznan, Elisya Sandha, Fikhree Bakar dan Afifah Nasir sebagai pelakon tetap.

Selain itu, pelbagai artis popular tanah air seperti Fauziah Nawi, Hazama, Farahdhiya, Achey dan Ruhainies.

Fasha berkata, selama bergelar pelakon dia beranggapan bahawa bidang penerbitan TV adalah perniagaan yang kurang menguntungkan malah memeningkan kepala.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar Online & Instagram @fashahsandha

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *