VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Farid Kamil tangguhkan pembedahan lutut

Written by on 29/06/2018

Datuk Farid Kamil terpaksa menangguhkan pembedahan pada bahagian lutut kirinya kerana terjatuh yang sepatutnya dilakukan pada Mei lalu, dia membuat keputusan itu selepas mengambil kira faktor proses pemulihan yang mengambil masa selama enam bulan sekali gus ia menggangu perjalanan karier seninya selain prosiding mahkamah terhadapnya yang sedang berlangsung.

“Saya terpaksa tangguhkan pembedahan itu terlebih dahulu kerana ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih.

“Tempoh itu sekali gus akan menjejaskan karier seni dan jadual saya selain mengambil kira kes mahkamah yang sedang berlangsung,” katanya.

Farid ditemui selepas hadir ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi sebutan semula lima kes jenayah terhadapnya namun kes itu ditangguhkan pada 27 Ogos depan.

Pada 2011, tempurung lutut kirinya retak akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak dan ia meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Farid berkata, buat masa ini dia menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan risiko kecederaannya sebelum mendapat tarikh baharu pembedahan.

Kata Farid, dia tetap akan menjalani pembedahan kerana jika kecederaan itu dibiarkan ia akan bertambah teruk.

“Buat sementara ini saya sedang menjalani rawatan fisioterapi sebelum saya mendapatkan tarikh baru.

“Saya tetap akan jalani pembedahan cuma sedang susun jadual dan selesaikan beberapa tugas tertangguh kerana proses pemulihan memakan masa.

“Buat sementara ini, tawaran filem genre aksi saya tolak terlebih dahulu untuk kurangkan risiko kecederaan,” jelasnya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *