Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah

Written by on 20/01/2018

DATUK Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Farid, 37, pelakon dan pengarah filem minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini, Selasa.

Nor Ariffin menetapkan 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Menerusi pertuduhan pertama dan kedua Farid didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Ashraf Ahmad dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin.

 Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimun setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin sebagai penjawat awam dengan niat menghalangnya melakukan tugas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan keempat, Farid didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin sehingga boleh mendatangkan kemarahan.

Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukan denda tidak lebih RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter Balai Polis Kota Damansara di sini pada pukul 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background