VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Farid Kamil Berang!

Written by on 05/12/2017

Ehsan Foto IG @Faridkamilz

Farid Kamil bin Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil ialah seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari. Projek terbaru Farid ialah bersama pelakon berbakat Zul Ariffin menerusi filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba arahan Nasir Jani yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017  dan Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali yang ditayang kan pada 30 November 2017 baru-baru ini.

Profil Filem Pinjamkan Hatiku 2017 Bahasa : Melayu [Malaysia] Genre : Romantik Pengarah : Osman Ali Pelakon : Ayda Jebat sebagai Laila Safitri, Shaheizy Sam sebagai Naufal, Farid Kamil sebagai Hasnan, Lia Natalia sebagai Latifah Tarikh Tayangan : 30 November 2017

Dan baru-baru ini,  Farid berang filem lakonannya iaitu Pinjamkan Hatiku disebarkan secara haram menerusi Facebook, pelakonnya Farid Kamil membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor kira-kira 2.30 petang Isnin. Tindakan itu diambil kerana ingin memastikan jenayah cetak rompak digital dapat dibendung selain mengheret pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Sebagai pelakon siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu.

“Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti saya dirogol tanpa kerelaan.

 “Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” katanya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar.com.my & IG @faridkamilz


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *