VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Farid bersyukur kerana ada isteri dan anak-anak disampingnya ketika beliau susah.

Written by on 05/02/2018

MENARIK perhatian pengikut pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil di Instagram apabila memuat naik gambar bersama isteri, Datin Diana Danielle dan anak lelaki mereka iaitu Muhammad.

Farid, 37, menerusi kapsyen pada gambar tersebut menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ yang seolah-olah memberi gambar berhubung situasi terpaksa dihadapinya sejak akhir-akhir ini.

Pada kapsyen sama, Farid turut menggunakan tanda pagar #kamixramai tapi kami ada #X dipercayai merujuk kepada kekuatan hubungannya dengan Diana dalam mengharungi dugaan tersebut.

‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ membawa maksud; sekiranya kita bersatu dan bekerjasama maka kita akan dapat berjaya atau peroleh kemenangan. Tetapi sekirang kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah.

Sebelum ini, Farid menjelaskan hubungannya dengan isteri tidak mempunyai sebarang masalah seperti mana digembar-gemburkan.

Malah kata Farid, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak, Muhammd yang kini berusia 5 tahun dan Aurora, 3, disampingnya. Dalam pada itu, Diana menerusi InstaStory di Instagram miliknya pula turut meninggalkan kapsyen romantis ditujukan kepada Farid berbunyi ‘I miss you @faridkamilz’.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : mstar online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *