Farah Nabilah mengakui masih bujang dan belum mempunyai teman lelaki.

Written by on 13/03/2018

Foto Ehsan Instagram Farah Nabilah Official

PELAKON Farah Nabila memaklumkan dia masih bujang dan belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.

Farah, 26, berkata mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerjaya membuatkan dia tiada masa untuk mencari teman lelaki.

“Saya masih bujang dan tak ada kekasih. Mungkin sebab saya ni terlalu fokus dengan kerja dan bukan jenis bersosial jadi tak jumpa lagi lelaki yang boleh dijadikan calon suami.

“Banyak masa saya habiskan dengan kerja, waktu cuti pula dengan keluarga. Malah, ibu juga letak syarat tak izinkan saya keluar rumah tanpa tujuan dan mesti tinggal bersama mereka selagi belum berkahwin,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini berkata dia ada memasang impian untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 30 tahun.

Foto Ehsan Instagram Farah Nabilah Official

Ujarnya, sebagai seorang wanita dia mempunyai perancangan untuk membina keluarga tambahan pula melihat teman-teman rapat sudah berkahwin.

“Kalau boleh saya nak berkahwin sebelum umur 30 tahun. Tak perlu nak bercinta lama-lama, kenal sekejap dan kalau rasa sesuai bolehlah kahwin terus.

“Iyalah, sebagai wanita kita nak mengandung lagi dan ada anak-anak. Jadi, lingkungan umur ini pada saya dah patut kahwin.

“Kadang-kadang tu tertekan juga tengok kawan-kawan rapat lain yang dah kahwin, tapi bila fikir semula, ini semua soal jodoh dan kalau sampai waktu ia akan datang juga,” katanya yang akan mengelak cinta suami orang.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki pilihan, Farah memaklumkan dia mahukan seorang lelaki yang memahami kerjaya seninya, beriman, rajin, menghormati orang tua dan memiliki rupa paras yang sedap dipandang.

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background