Farah Asyikin dihempap motosikal berkuasa tinggi milik suaminya.

Written by on 24/08/2018

FARAH Asyikin cuba menyelamatkan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya, Raja Iskandar Raja Muktharuddin daripada jatuh ke lantai ketika cuba mengalihkan kenderaan itu membawa padah kepadanya dan tindakan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan ligamen koyak pada kaki kirinya selepas dihempap motosikal tersebut.

Cerita penyanyi lagu 1000 Penipuan itu, ketika kejadian dia mengalihkan motosikal seberat 300 kilogram itu kerana ingin meletakkan tanaman yang baru dibelinya Ahad lalu.

Luahan Farah menerusi akaun Instagramnya.

“Suami dan saya baru sahaja membeli tanaman untuk rumah kami Ahad lalu dan hanya semalam saya mempunyai masa untuk menyusunnya di taman.

“Saya cuba mengalihkan motosikal Harley Davidson seberat 300 kilogram milik suami untuk memberi ruang kepada tanaman yang baru dibeli tetapi malangnya, saya dihempap motosikal itu.

“Saya cuba menyelamatkan motosikal itu daripada terhempas tanpa memikirkan keselamatan diri. Alhamdulillah motosikal itu tidak mengalami kerosakan tetapi saya yang tercedera,” katanya.

Dalam pada itu, Farah memberitahu selepas dihempap motosikal itu dia cuba menarik kakinya dan ketika itu dia terdengar bunyi retak pada kakinya sebelum menangis kesakitan.

Baca lebih lanjut klik sini…
Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background