VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Ezlynn bakal muncul dengan single terbaharu

Written by on 19/06/2018

Foto Ehsan Instagram EzlynnAriffin

PENYANYI Ezlynn berkata, sebagai seorang manusia biasa adalah tidak mungkin baginya melupakan semua memori begitu saja yang dikongsi sepanjang 11 tahun bersama Adam.

Ezlynn memberitahu episod hitam dalam hidupnya masih meninggalkan kesan walaupun dia sudah bercerai dengan bekas suami, Adam Fahmy pada Oktober tahun lalu.

“Saya sudah meneruskan kehidupan, jangan salah faham… Cuma apabila anda sudah mengenali bekas pasangan selama 11 tahun dan tiba-tiba semuanya berubah, memang terasa sangat.

“Bukan mudah untuk melupakan begitu sahaja semua memori sepanjang tempoh itu namun pada masa yang sama inilah yang terbaik buat kami berdua,” katanya.

Ezlynn atau Azline Ariffin, 36, dan Adam berkahwin pada 21 November 2011 tanpa tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam pada itu, Ezlynn berkata, perceraian itu telah banyak mengajarnya untuk menyayangi dan menghargai dirinya terlebih dahulu berbanding orang lain.

Kata Ezlynn, dia kini lebih selesa bersendirian kerana dapat memfokuskan seratus peratus terhadap dirinya.

“Sebelum ini saya lebih banyak fikir tentang orang daripada diri sendiri malah semua keputusan saya tidak buat sendiri.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *