Current track
Title
Artist

Background

Erra Fazira berhasrat untuk mengubah genre muzik

Written by on 03/07/2018

Erra Fazira berhasrat ingin mengubah angin daripada menyanyikan lagu yang berkisarkan kisah cinta yang kecundang dan merintih kepada lagu rancak sekiranya kembali aktif dalam bidang nyanyian..

“Saya bukan terpengaruh atau takut dengan badi lagu, tapi saya tidak mahu lagu saya seperti Pasrah, Yang Terindah Hanya Sementara dan Berteman Sepi dikaitkan dengan perjalanan hidup saya.

“Memang saya masih sendiri, tapi saya tidak sepi. Sekiranya diberi peluang saya mahu lari daripada genre asal untuk mencari kelainan. Namun ia perlu bersesuaian dengan imej hijab yang saya bawakan ini,” katanya.

Menurut Erra, dia bagaimanapun sedar rata-rata peminat menginginkan dia menyanyikan lagu sedemikian kerana begitu sinonim dengannya.

“Ramai yang meminta saya menyanyikan lagu balada kerana kata mereka saya sesuai menyampaikan lagu seperti itu.

“Sebenarnya saya okey saja tapi saya mahukan lirik yang positif. Sebagai contoh. kembali bangkit dan tidak kenal erti mengalah atau putus asa,” katanya.

Sumber : HMetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *