VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Erra Fazira & Bella sangat mesra dan akrab.

Written by on 06/12/2017

Foto Ehsan FB Era Fazira

Pelakon Erra Fazira, 43, dengan isteri bekas suami, pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, mendapat pujian peminat kerana keakraban dan kemesraan terjalin antara mereka.

Erra yang menggelar Bella sebagai bunda manis, berkongsi gambar kegembiraan mereka di Facebooknya pada hari Swimming Gala 2017 anaknya, Engku Aleesya, 8, baru-baru ini.

Katanya, Bella juga ibu Aleesya sekarang lebih baik jika mereka saling menjaga silaturahim.

“Tidak ada sebab kenapa perlu wujud jurang dan masalah antara kami. Bella sangat baik.

“Saya juga meletakkan diri di tempatnya apabila berhijrah ke Malaysia, tentu ingin diterima baik orang sekeliling. Begitu juga dia mengharapkan semua orang menerima dirinya,” katanya.

Dalam situasi sekarang, Erra mahu semua orang tenang dan damai dalam menjalani kehidupan.

“Saya mahu Aleesya hidup dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Saya ada cara sendiri untuk menangani sesuatu perkara dan tidak perlu samakan dengan orang lain.

“Kita semua mempunyai pandangan, pengalaman dan kesesuaian jiwa berbeza. Paling penting, saya mahu melihat semua orang tenang dan damai,” katanya.

Kata Erra, sejak kali pertama berjumpa Bella dia yakin pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mampu menjaga dan menjadi ibu yang baik untuk Aleesya. Baca lebih lanjut klik sini…

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *