Elyana tetap tabah menghadapi Kanser Tahap 4

Written by on 27/11/2017

 

Penyanyi Elyana mendedahkan dia penghidap kanser tahap ke-4. Setiap malam Elyana mengakui fobia untuk tidur kerana bimbang jika tidak dapat berjumpa dengan anaknya keesokan pagi.

Beberapa hari lalu, Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.

 

Dan ketika memberi ucapan di pentas Gegar Vaganza 4 (GV4) , Elyana mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4 namun beliau tetap tabah dan kuat menempuhinya.

 

Dalam ucapan beliau dalam video di atas, Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Sumber : Rotikaya.com,  & Instagram @elyanaofficial @f8buzz

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background