Elfiraloy berbelaja hampir RM10K untuk alat solek!

Written by on 20/12/2017

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, berkata dia sempat menyinggah ke kedai kosmetik Sephora ketika berada di Los Angelas, Amerika Syarikat untuk menghadiri sebuah acara. Menurut pendedahan Elfira, beliau berbelanja hampir RM10,000 dalam masa satu jam dengan hanya membeli barangan solekan.

“Saya pergi ke Los Angelas untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam.

“Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora.

 

Elfira memberitahu perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Twinkel TV, dan kini mendapat lebih 190,000 tontonan.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah mengatakan pelakon wanita itu membazir.

Namun, ada juga segelintir yang menganggap Elfira berhak untuk pembelanjaan tersebut sebagai hadiah untuk dirinya setelah bekerja keras.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar.com.my & Instagram @elfiraloy

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background