Elemen sindiran dalam lagu bukan perkara pelik – Joe Flizzow

Written by on 13/04/2018

Foto Ehsan Instagram Flizzow

Joe Flizzow, penyanyi rap terkenal menganggap trend penghasilan lagu rap berbentuk sindiran merupakan sesuatu yang baik dan secara terbuka menerima cara tersebut.

Joe, 39, berkata, ia merupakan salah satu bentuk kebebasan bersuara dalam meluahkan sesuatu hasrat.

“Bagus, kerana kebebasan untuk bersuara. Saya lebih suka dipanggil depan-depan daripada dihina dari belakang,” katanya kepada mStar Online.

Dia ditemui semasa sidang media pelancaran single Sampai Jadi di Hotel New World Petaling Jaya, di sini pada Khamis.

Penyanyi lagu Apa Khabar ini berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa buah lagu rap yang dihasilkan kebelakangan ini dilihat seakan menghentam dan menyindir pihak tertentu.

Dalam pada itu, Joe turut berasakan setiap penyanyi atau komposer mempunyai hak untuk menulis lirik mengikut kehendak dan selera mereka.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada usaha dan kemahuan mereka sama ada mahu menghasilkan lagu yang berkualiti atau sebaliknya.

“Artis buat karya, seperti seorang pelukis, ada yang lukis bunga dan ada yang lukis ribut petir.

“Jadi kalau saya nak rap dengan ribut petir, itu hak saya,” katanya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background