Dua Lipa lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga

Written by on 12/01/2018

Foto Ehsan Instagram @dualipa

DUA LIPA , penyanyi baharu yang sedang meningkat naik memberitahu dia tidak gemar berparti seperti kebanyakan selebriti lain. Sebaliknya kata Dua, jika mempunyai masa terluang dia lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakannya. Katanya lagi, sejak bergelar penyanyi dia sering sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sehinggakan tidak mempunyai banyak masa bersama orang tersayang.

“Saya rasa berparti bukan untuk saya dan semenjak bergelar penyanyi saya lebih menghargai masa yang saya ada.

“Bukan selalu saya ada cuti kerana kebiasaannya saya akan sibuk dengan nyanyian yang memerlukan saya menggembara ke seluruh dunia.

“Berkumpul bersama kawan dan keluarga sambil menikmati makan malam dan berbual sehingga kami semua mengantuk adalah perkara paling menyeronokkan!,” katanya seperti dilaporkan¬†The Sun.

Sumber : mStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background