Current track
Title
Artist

Background

Diana Dannielle sentiasa bersama Farid Kamil

Written by on 08/07/2018

Foto Ehsan Instagram @faridkamil

Diana Danielle yang tidak kelihatan sepanjang dua kali Farid dibawa ke mahkamah termasuk semalam telah membuat persoalan kepada ramai netizen luar sana. Seolah memberi jawapan kepada persoalan itu, Diana meluahkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada suaminya di Instagram.

“Sayangku FK (Farid Kamil). Jangan tanya kenapa anda (netizen) tidak melihat saya. Dia (Farid) ‘nampak’ saya dan tahu saya ada di sana. Dia dapat merasakan tangan saya menggenggam tangannya. Dan semua itu yang lebih bermakna buat saya,” tulisnya semalam.

Selain itu, Diana juga turut memuat naik puisi yang cukup mendalam yang dipercayai khas buat suaminya yang kini menghadapi dugaan yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Puisi tersebut sekaligus membuktikan kekuatan cinta mereka biarpun tidak dipaparkan di depan kamera.

Rata-rata peminat juga turut sama memberikan sokongan moral kepada Diana di ruangan komen. Ada juga yang sedih melihat dugaan hebat pasangan itu harus lalui bersama dua anak mereka yang masih kecil.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Rotikaya.com & Instagram Diana Danielle


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *