Dayang Nurfaizah mahu berpenampilan baharu yang lebih segar

Written by on 13/04/2018

DAYANG NURFAIZAH membuat keputusan untuk memotong rambut selepas lebih sepuluh tahun selesa dengan imej berambut panjang.

Pemilik nama Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 36, berkata,  dia mahu berpenampilan baharu yang lebih segar dan mudah untuk diuruskan.

“Saya sudah bosan dengan rambut panjang yang saya kira lebih 10 tahun dengan gaya yang sama.

“Rambut pendek senang nak bersiap lagi pula rambut sekejap je panjang jadi saya tidak bimbang,” ujarnya ketika ditemui pada rakaman program Rojak di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Bagaimanapun, penyanyi ini berkata, dia tidak terfikir untuk memotong gaya rambut pendek seperti lelaki yang pernah dilakukan ketika mula dikenali dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

“Tidaklah sampai pendek seperti dulu, itu tidak sesuai dengan penampilan saya sekarang,” ujarnya.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Mstar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background