Datuk Seri Siti Nurhaliza Melamat Melahirkan Bayi Perempuan

Written by on 19/03/2018

Foto Ehsan Instagram @ctdk

AKHIRNYA penantian terjawab, Datuk Seri Nurhaliza bergelar seorang ibu selepas beliau melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.

Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memilih hari Isnin bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka yang mana ia hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad selain bersamaan 1 Rejab dalam kalender Islam.

Pengurus Siti iaitu Rozi Razak dalam satu kenyataan media berkata, Siti melahirkan bayinya itu dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi secara pembedahan.

“Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja melawat.

“Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat,” kata Rozi.

Dalam kesempatan itu Siti dan suaminya juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada keluarga, rakan, peminat serta pihak media.

Penyanyi yang berasal dari Pahang ini juga meminta untuk diberikan ruang dan masa untuk berkongsi  wajah dan nama anak kerana buat masa ini beliau ingin menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.

“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Dan di bawah adalah video lagu yang dirakam khas buat anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melahirkan anak bertajuk Comel Pipi Merah.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Mstar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background