VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khai Bahar berduet single terbaharu bertajuk Cinta Syurga

Written by on 15/05/2018

Foto Ehsan Instagram @rozisangdewi #SitiNurhalizaProduction

Akhirnya terjawab persoalan peminat-peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai pasangan duet DS Siti apabila Khai Bahar diumumkan sebagai gandingan penyanyi tersohor itu dalam single Cinta Syurga.

Menjelaskan kerjasama itu, Siti memberitahu, lagu Cinta Syurga adalah versi baharu single Comel Pipi Merah dalam bentuk zikir.

“Kita ubah liriknya untuk disesuaikan mengikut konsep zikir. Single ini akan mula dipromosikan sempena Ramadan ini,” katanya kepada Berita Harian

Sebelum ini, Siti melancarkan single Comel Pipi Merah yang dirakam istimewa sempena kelahiran puteri tercinta, Siti Aafiyah Khalid.

Siti berkata, dia turut mendapatkan anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli bekerjasama dalam projek itu.

“Bazli bertindak sebagai penyanyi latar dan menjaga vokal serta sebutan kami dalam lagu berkenaan,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan Khai sebagai teman duet, Siti menjelaskan:

“Saya pilih Khai kerana jenis dan mutu vokalnya.

“Selain itu, kita turut menimbang faktor populariti dimiliki Khai selain kemampuannya mengalun zikir dengan baik,” katanya sambil menambah single yang diterbitkan Szewan Kenobi itu dirakam mereka pada 8 Mei lalu.

Tambah Siti, peminat boleh melanggan single Cinta Syurga melalui platform digital, tidak lama lagi.

“Video klip lirik lagu itu juga akan dipromosikan tak lama lagi,” katanya sambil menyatakan dendangan terbaru itu diterbitkan syarikatnya sendiri, Siti Nurhaliza Productions (SNP).

Semalam, Siti merasmikan butik Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall, di sini iaitu penampilan pertamanya di khalayak ramai selepas melahirkan Aafiyah.

 

Sumber : Bharian Online dan Instagram Siti Nurhaliza Production


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *