Datuk Seri Aliff Syukri lesap hampir RM500,000 di Sepanyol

Written by on 18/12/2017

DATUK Seri Aliff Syukri Kamarzaman kerugian lebih RM500,000 selepas dirompak ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Abang Nak Tegur di Sepanyol, baru-baru ini. DS Aliff Syukri yang terkenal dengan nama AliffSyukri ‘terlajak laris’ seorang usahawan berjaya dan juga baru mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Kecurian membabitkan wang tunai RM19,000 (4,000 euro), tiga cincin berlian bernilai RM300,000, jam tangan Cartier RM120,000, beg sandang Solvatore Ferragamo RM3,000, telefon bimbit iPhone X, kredit kad dan kad pengenalan.

Status Instagram DS Aliff yang membuat ramai netizen simpati dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini. -Foto ehsan Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Syukri berkata, dia hanya mendedahkan perkara itu di laman Instagram miliknya sebaik pulang ke tanah air Isnin lalu kerana enggan dituduh sengaja mencipta gimik atau mereka-reka cerita.

“Ini kejadian terburuk pertama menimpa saya ketika bercuti ke luar negara. Saya fikir berada di negara maju dan kaya bebas dari jenayah.

“Namun ketika membuat laporan polis di sana, mereka memaklumkan kejadian seumpana ini sering terjadi kepada pelancong asing.

“Saya sangat sedih kerana semua barang kesayangan lesap sekelip mata. Saya terus hilang ‘mood’ hendak menjayakan penggambaran muzik video,” katanya kepada Harian Metro.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Hmetro.com.my


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background