Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah

Written by on 13/03/2018

Foto EHsan Instagram Datuk Farid Kamil

Masih belum reda kes berkaitan Farid Kamil apabila dia telah didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan membuat laporan polis palsu. Bagaimanapun pelakon lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut laporan mStar Online, Farid didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background