VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Datuk Farid Kamil luah perasaan cinta kepada isteri

Written by on 20/01/2018

Foto Ehsan Instagram @faridkamil

DATUK Farid Kamil sempat meluahkan rasa cinta terhadap isteri, Datin Diana Danielle yang hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa lalu.

Farid ketika dibawa berjalan masuk ke bilik reman turut menyatakan rasa rindu terhadap dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora selain memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

“Alhamduilillah, saya baik sahaja. Saya rindu anak-anak. Saya sayang Diana,” katanya.

Terdahulu, Diana dilihat hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan terhadap suaminya selain ditemani oleh adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari.

Farid dibawa ke mahkamah tersebut bagi menunggu keputusan sama ada reman terhadapnya akan disambung atau dia akan dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir pada Selasa.

Pelakon filem Tombiruo ini telah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin namun disambung sehari sehingga Selasa (hari ini).

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *