VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Chris Rock pernah jatuh cinta dengan Rihanna

Written by on 21/02/2018

Foto Ehsan Instagram @chrisrock

CHRIS Rock, pelakon dan pelawak popular, mendedahkan dia pernah cuba mengurat penyanyi Rihanna selepas dia bercerai dengan bekas isterinya dua tahun lalu.

Page Six melaporkan Chris, 53, berkata, dia cuba menarik perhatian penyanyi itu ketika mereka sama-sama menghadiri sebuah parti bagaimanapun memberitahu cubaannya itu tidak berjaya apabila Rihanna itu tidak mengendahkannya.

Chris mendedahkan perkara itu menerusi program berjudul Tamborine yang disiarkan di Netflix.

“Saya menegurnya dengan bertanya khabar namun dia memberikan pandangan seolah-olah dia sedang bercakap dengan salah seorang makciknya,” katanya.

Chris sebelum ini pernah berkahwin dengan Malaak Compton-Rock selama 16 tahun dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber : Mstar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *