VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Choi Ji Woo, Pelakon drama ‘Winter Sonata’ berkahwin secara rahsia

Written by on 04/04/2018

Choi Ji Woo, pelakon drama Winter Sonata , dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia pada Khamis lalu. Menurut The Fact, aktres yang berusia 43 tahun itu memilih lelaki bukan dikalangan selebriti sebaliknya bekerja di pejabat.

Pasangan itu berkahwin di sebuah lokasi di Seoul, Korea Selatan. Tidak banyak maklumat berkait dengan suaminya itu.

Pelakon wanita itu pernah bercinta dengan aktor Lee Jin Wook selama dua tahun dan mengambil keputusan berpisah pada 2011.

Dia kemudian memutuskan untuk tidak berkongsi kisah cinta secara umum dan terlalu berahsia terhadap kehidupan peribadinya.

Agensinya YG Entertainment turut terkejut dengan khabar perkahwinan itu dan memberitahu mereka tidak mempunyai informasi tentang berita itu.

Tidak lama selepas itu, Choi Ji Woo mengesahkan berita gembira itu menerusi sebuah foto di laman sosial instagram miliknya.

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *