Cat Farish positif kemunculan semula Ruffedge

Written by on 01/02/2018

CAT FARISH, anggota Ruffedge positif kemunculan semula kumpulan itu akan diterima baik oleh peminat mereka.

Bakal muncul dengan lagu baharu pada penghujung bulan hadapan, Cat tidak kisah dengan pandangan negatif yang akan diterima nanti.

“Saya tidak fikir pun fasal kecaman yang akan kami terima nanti. Saya fokus hasilkan lagu dan jalankan aktiviti sudah dirancang bersama-sama anggota lain.

“Saya tidak nafikan, ramai penyanyi baharu pada masa kini mempunyai suara yang sedap. Tetapi, apabila bercakap mengenai kumpulan, setakat ini tiada kumpulan yang bermain dengan elemen harmoni,” katanya.

Hampir 11 tahun membawa haluan masing-masing, kesemua anggota Ruffedge iaitu Azan, Zain, Sein, Amer, Mode dan termasuklah Cat sepakat untuk kembali aktif.

Sejak 2016, mereka mula mengatur strategi untuk kembali dengan lagu-lagu berkonsepkan RnB Soul dengan suntikan mesej mengenai kasih sayang dan kekeluargaan.

“Hasrat untuk kembali bersama disuarakan oleh Amer pada 2016. Kami merasakan ia adalah cadangan yang baik. Kami mula memilih lagu dan merancang perjalanan karier.

“Bagaimanapun, disebabkan kekangan masa dan komitmen masing-masing, ia mengambil masa yang panjang untuk merealisasikan hasrat kami,” kata Cat.

Ruffedge mula ditubuhkan pada 1998 kemudian berpecah pada 2008. Antara lagu mereka yang popular adalah Tipah Tertipu, Tiada Lagi Cinta, Da’Bomb dan Lemas.

 

Sumber : HMtero Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background