Bunkface bakal berduet Datuk Jeffrydin

Written by on 02/03/2018

SELEPAS kolaborasi bersama penyanyi Amy (Search), terbaharu kumpulan Bunkface bakal berduet dengan penyanyi pop yeh yeh iaitu Datuk Jeffrydin.

Vokalis kumpulan itu, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31, berkata pemilihan tersebut disebabkan Jeffrydin lebih dikenali berbanding penyanyi lain.

Menurut Sam, Jeffrydin atau nama sebenarnya Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman, mempunyai teknik tarian yang menarik perhatian mereka selain bapanya juga peminat lagu-lagu penyanyi itu.

“Sebab tak ada orang cari Datuk Jeffrydin. Kalau kita lihat penyanyi pop yeh yeh siapa aja yang ke depan selain dia.

“Memang ada ramai lagi tapi dia lebih dikenali daripada mereka semua. Tambahan pula, dia ada teknik tarian genre itu yang menarik perhatian kami.

“Selain itu, salah satu sebab juga pilih Jeffydin sebab ayah saya suka dia,” kata Sam kepada mStar Online.

Foto Ehsan New Straits Times

Sam ditemui ketika sidang media Raikan Hari Lahir Boboiboy di Pejabat Kemajuan Negeri Perak, Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya pada Selesa lalu.

Selain Jeffrydin, lagu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat itu juga menampilkan penyanyi rap, Caprice yang dianggap mewakili peminat golongan muda.

Kolaborasi pertama Caprice bersama Bunkface.

Malah, kumpulan yang popular menerusi lagu Darah Muda itu menggabungkan tiga generasi yang berbeza menerusi satu lagu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Mstar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background