BIG BANG diantara bintang KPOP yang paling berpengaruh

Written by on 08/02/2018

Foto Ehsan Instagram @bigbangofficial

BIG BANG antara kumpulan Kpop paling berpengaruh atas kerja keras dan dedikasi terhadap karier muzik sepanjang 10 tahun lalu.

Mereka bukan sahaja popular di Korea Selatan sebaliknya berjaya menjadi fenomena dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

Sekali gus menjadikan muzik Kpop mula diterima baik dan membuka ruang kepada bakat-bakat baharu menempa nama di peringat antarabangsa.

Pelbagai kejayaan diraih, Big Bang yang dianggotai oleh G Dragon, Taeyang, Seungri, T.O.P. dan Daesung tetap kekal merendah diri dan ada lima sebab lain mereka menjadi kumpulan Kpop terunggul.

1. Mesra Peminat – Big Bang sering menunjukkan usaha untuk berinteraksi dengan peminat selain menunjukkan kebaikan dan prihatin terhadap mereka walaupun sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

2. Sikap Membantu – Walaupun mengecap populariti, Big Bang dikenali dalam kalangan selebriti kerana tidak lokek berkongsi ilmu dengan artis-artis baharu yang ingin menjadi seperti mereka.

 

3. Hormati Orang Lain – Big Bang dikenali peminat kerana sikap menghormati orang lain dan sering menunduk (tanda hormat budaya Korea) apabila bertemu artis lain walapun mereka lebih junior.

4. Muzik – Lagu-lagu dilancarkan Big Bang sentiasa mendapat perhatian peminat dan lagu mereka ‘Loser’ pernah dimuat turun sebanyak 10.5 juta hanya dalam masa sembilan hari dilancarkan.

5. Jadi Diri Sendiri – Big Bang disukai kerana mereka tidak pernah menyorok daripada mempamerkan identiti sebenar dihadapan peminat menjadikan setiap daripada mereka berpengaruh dan mempunyai kelompok pengikut tersendiri. – Allkpop

Sumber : mSTar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background