Bienda kecewa album tidak dapat sambutan

Written by on 18/04/2018

PENYANYI Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, pernah merajuk dari industri muzik disebabkan albumnya tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada rakan-rakan di stesen radio.

“Kita sebagai artis, mestilah masih nak menyanyi tapi tak dapat sokongan. Saya pernah hubungi rakan yang kenal masa dia mula jadi penyampai radio.

“Bila mereka panggil artis untuk datang konti, saya pergi tanpa minta bayaran sebab alang-alang boleh promosi sekali.

“Tapi bila saya hantar sendiri pada mereka, lagu tidak dimainkan. Sekurang-kurangnya beritahu kenapa.

“Sejak itu, saya berhenti sekejap dari industri sebab merajuk,” kata Bienda kepada mStar Online.

 

Kali terakhir Bienda mengeluarkan album pada tahun 2009 menerusi album Kenaliku dan selepas itu dia ‘menghilangkan’ diri daripada industri muzik.

Selepas hampir sembilan tahun, akhirnya Bienda kembali muncul dengan single terbaharu, Jaga Hati yang mempunyai susunan muzik berbeza.

“Kemunculan semula saya kali ini tampil dengan muzik yang berlainan. Masih mengekalkan imej yang sama hanya genre yang sedikit beza.

“Saya pilih genre muzik ini sebab ingin mengikut peredaran juga. Saya harap sangat pendengar dapat terima lagu ciptaan DJ Fuzz ini,” ujarnya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background