VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Biarpun bertongkat, Zaiton tetap teruskan menyanyi

Written by on 01/01/2018

Foto Ehsan Bharian Online

IA tidak menghalang artis berpengalaman, Zaiton Sameon, meneruskan kerjaya nyanyiannya walaupun terpaksa bertongkat akibat kecederaan pada kaki selepas terjatuh kira-kira lima bulan lalu

Kata Zaiton, 60, nyanyian adalah punca rezeki utama dirinya, justeru tiada alasan untuk beliau terus melayan sakit akibat kejadian terbabit.

“Saya jatuh selepas tergelincir dalam lif ketika menghadiri sebuah majlis pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Akibatnya, kaki terseliuh sehingga saya tidak boleh berjalan.

“Sebelum ini, saya terpaksa berkerusi roda selama dua bulan sebelum menggunakan tongkat, tetapi aktiviti nyanyian tetap diteruskan,” katanya kepada BH Online.

Zaiton yang mencipta kegemilangan satu ketika dulu menerusi lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar berkata, meskipun belum sihat sepenuhnya, beliau teruja untuk menjayakan sebuah persembahan khas sempena tahun baharu 2018.

Beliau bakal mengadakan persembahan Nostalgia Bersama Zaiton Sameon di Restoran Rebung, di sini, pada 1 Januari depan.

 

baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *