VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Bintang Disney, Bella Thorne pernah menjadi mangsa dera

Written by on 14/01/2018

Foto Ehsan Instagram @bellathorne

BELLA Thorne, bintang Disney membuka mulut mengenai pengalamannya menjadi mangsa dera dan seksual ketika kanak-kanak. Bella bercerita detik hitam itu di laman Instagram miliknya, Ahad lalu.

“Saya didera secara seksual dan fizikal ketika membesar dan berlarutan sehingga usia 14 tahun.

 “Akhirnya, saya menjadi berani dan mengunci pintu bilik setiap malam. Saya akan duduk di sebelah pintu sepanjang malam,” tulisnya.

Menurut Thorne, kejadian pahit itu akhirnya berhenti dan meminta orang ramai supaya membela setiap mangsa dera.

“Ketika itu, saya tidak tahu apa yang betul dan salah. Saya tidak sedar lelaki yang mencuri masuk dalam bilik adalah orang jahat,” tulisnya di status berasingan.

Bagaimanapun, bintang itu tidak mendedahkan lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pendedahan terbabit dilakukan ketika barisan selebriti yang menghadiri Anugerah Golden Globe mempromosi #TimesUp bagi menghentikan penderaan dan serangan seksual.

Bulan lalu, Thorne kali pertama berkongsi pengalamannya menjadi mangsa dera ketika memberi respons terhadap tuduhan kerjasamanya dengan Disney menimbulkan trauma.

Kisah pelakon itu turut mendapat sokongan serta simpati peminatnya.

Inisiatif Time’s Up menyaksikan seramai 300 selebriti, pengarah, produser, ejen dan eksekutif Hollywood berjuang menamatkan serangan seksual di tempat kerja.

Projek itu turut menerima sumbangan dana AS$13 juta bagi membantu mangsa wanita kurang berkemampuan mengambil tindakan sewajarnya.

 

Sumber : hmetro.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *