Bekas Isteri Along Cham, Zila diminta perjelaskan kes penipuan.

Written by on 29/06/2018

Zila Seeron akhirnya tampil membuat penjelasan atas dakwaan terlibat dengan kes penipuan pakej percutian di sebuah hotel mewah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 29, ini memberitahu dia mempromosi pakej tersebut di laman sosial Instagramnya selepas diberi bayaran untuk membuat ulasan mengenai produk berkenaan.

“Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati dan memohon maaf. Saya ingin membuat sedikit pencerahan berhubung kes penipuan pembelian voucher percutian yang membabitkan nama baik saya.

“Saya cuma mendapat upah untuk membuat iklan mengenai voucher tersebut dan dijanjikan komisyen setiap pembelian voucher tersebut dari seorang kenalan bernama Nadzreen,” ujarnya.

Bekas isteri pelawak Along Cham ini turut melampirkan salinan laporan polis yang dibuat pada 15 April dan 21 Mei lalu di Balai Polis Petaling Jaya.

Menerusi laporan tersebut, Zila berkata dia yang menjadi orang tengah dalam penjualan pakej percutian dan penginapan sebuah hotel tidak mengetahui berlaku penipuan dalam urusan perniagaan tersebut.

Dia juga menerima ugutan daripada individu tidak dikenali yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya jika tidak membayar wang berjumlah RM5,380.

Tambahnya, dia sudah cuba menghubungi wanita yang bertanggungjawab terhadap kes berkenaan, namun tidak berjaya.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background