Bagi peluang kepada penyanyi baharu untuk menonjolkan bakat – Aizat

Written by on 19/02/2018

AIZAT AMDAN menggesa peminat muzik tanah air agar memberi ruang kepada penyanyi baharu atau yang dilabel sebagai ‘budak baru nak up’ untuk menonjolkan bakat mereka.

Aizat berkata adalah tidak adil kecaman serta kritikan negatif diberikan kepada mereka khususnya oleh para netizen.

“Bagi saya mereka ini mempunyai bakat yang ‘fresh’ serta keistimewaan tersendiri dan perlu diberi pertimbangan oleh semua pihak untuk menerima kehadiran mereka dalam industri muzik.

“Jangan letakkan harapan terlalu tinggi kerana  golongan ini memerlukan masa dan ruang untuk belajar menjadi pelapis yang boleh dibanggakan kelak,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Antara barisan penyanyi baharu yang dilabel ‘budak baru bak up’ termasuk Haqiem Rusli, Khai Bahar, Wany Hasrita dan Aiman Tino memerlukan sokongan moral untuk mencipta nama dalam persada muzik tempatan dan bukannya memberi kecaman yang boleh menjejaskan reputasi mereka, katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu berkata zaman dilalui muka-muka baharu itu sangat mencabar lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial yang menyaksikan para netizen bebas memberi sebarang kritikan dan pujian.

“Saya mendoakan agar mereka ini kuat dan mampu mengharungi cabaran getir khususnya apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah netizen di media sosial,” kata pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 melalui lagu Pergi itu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background