Baby Shima tidak mahu mengambil peduli kata-kata negatif orang

Written by on 30/11/2017

 

Masihkah anda ingat video juri rancangan program D’Academy Asia musim ke-3, Mas Idayu memarahi Shima selepas melakukan persembahan menjadi tular dan parodi di laman sosial. Baru-baru ini Baby Shima menerima banyak komen serta cemuhan netizen dan memberitahu kepada pihak media, pada mulanya dia sedih apabila menerima komen negatif daripada netizen.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata ramai yang menasihati supaya dia jangan ambil peduli apa kata orang yang tidak tahu tentang nyanyian.

“Kecewa itu tak ada. Mula-mula rasa sedih juga. Kadang-kadang terasa mereka ini lebih bagus daripada juri dan lebih mahir dalam nyanyian.

“Pada hal mereka ini masuk pertandingan pun tak pernah. Tapi ramai yang nasihatkan saya ambil perkara itu positif saja. Info lebih lanjut, klik sini…

View this post on Instagram

. . 1.shima anggap kritikan mumy masidayu sebagai pengajaran buat shima.. sejujurnya memang shima malu teramat malu kerana rancangan ini di tonton oleh 6 negara, tapi shima tau mumy sayang kan shima sebab tulah mumy marah dan mahu shima menjadi yang terbaik.. . 2.memang salah shima sebab perfomance shima menurun..shima tau mumy penat ,walaupun mumy penat balik dari konsert , mumy tetap mengajar shima kadang-kadang sehingga 2-3 pagi supaya shima tampil bagus..Ada masa tengahari sebelum ke Konsert pun mumy ambil waktu mengejar shima.. . 3.shima tak ambil hati pun apa yang mumy cakap pada malam tu..shima menangis sebab shima kecewa dengan diri shima dan telah mengecewakan harapan semua orang yang ingin lihat shima berjaya.. . . 4.Apapun Mumy shima tak akan lupakan segala tunjuk ajar mumy..Shima tau mumy sayangkan shima kalau mumy tak sayang mumy tak akan marah pada shima malam tu.. . . 5.dan sampai bila-bila pun shima akan belajar dengan mumy kerana shima kenal mumy dia sangat ikhlas bila megajar shima walaupun shima baru pertama kali jumpa mumy di Jakarta kelmarin..Shima minta Maaf kerena telah mengecewakan Mumy.. Shima tak dendam . . 6.Shima mengikuti kompetisi ini kerana shima ingin belajar dan mencari pengalaman baru mengenai dangdut klasik yang jarang di dengar.. bukan kerana shima rasa diri shima ini hebat.. banyak kekurangan yang ada pada shima.. tiada manusia dilahirkan sempurna sepenuhnya.. pasti ada kekurang pada dirinya..

A post shared by Baby Shima DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

 

Sumber : Mstar.com.my & Instagram @babyshimaofficial


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background