Baby Shima ambil keputusan menetap di Jakarta untuk tempoh panjang

Written by on 30/07/2018

“ADA NAMPAK MUMY HAPPY?” Masih ingat dengan teguran Mumy Mas Idayu terhadap Baby Shima sewaktu pertandingan D’Academy Asia musim ketiga (DAA3), dan kini nama Baby Shima di Indonesia semakin diterima baik. Nor Ashima Ramli atau Baby Shima membuat keputusan menetap di Jakarta untuk tempoh panjang selepas namanya kian popular di negara itu.

Ditemui baru-baru ini, dia menjelaskan terpaksa berbuat demikian memandangkan jadual kerjanya juga semakin padat.

Syarikat rakamannya di negara terbabit iaitu Nagaswara Music (Indonesia) juga sudah menyiapkan pelbagai aktiviti untuk diikuti termasuk mempromosikan diri sebagai pendatang baru dalam arena muzik dangdut.

“Bayangkan hari biasa pun saya ada persembahan pentas di sana. Jadi saya harus berada di Jakarta sepanjang masa. Tak dinafikan kerjaya saya berkembang sangat positif di sana,” katanya.

Walaupun kini lebih banyak menetap di Jakarta, kata Baby dia tidak terfikir untuk berpindah terus dan tinggal di negara jiran itu dalam usaha mengembangkan lagi bakat dimiliki.

Nama Baby Shima meledak ketika menyertai program D’Academy Asia 3 anjuran Indosiar terutamanya membabitkan babak dia dimarahi Mas Idayu menjadi viral.

Pemenang anugerah Pendatang Baru Dangdut Terpopular pada Anugerah Dangdut Indonesia 2017 itu mengakui fokus kerjaya seninya di Indonesia menyebabkan namanya sepi di Malaysia.

“Walaupun lebih banyak menghabiskan masa di seberang, tapi saya tidak akan lupakan peminat di sini. Saya mahu mengimbangkan kerjaya seni di dua negara itu sebaik mungkin.

“Saya harap pembabitan dalam program realiti Big Stage bermula minggu depan akan dapat mengubat hati peminat.

“Saya tahu susah tetapi saya dan Nagaswara berusaha agar perjalanan dalam program Big Stage berjalan lancar,” katanya.

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background