Azharina kecurian sarung telefon bimbit bernilai RM500

Written by on 10/01/2018

Foto Ehsan Instagram @azharina_a

AZHARINA Azhar, 33, penyanyi berasal dari Sabah berhadapan pelbagai kerenah pengasuh anaknya sejak bekerja November tahun lalu.

Katanya, baru bekerja dua hari meminta balik kampung dan hari keempat pula minta dibelikan telefon bimbit jenama iPhone dan akhirnya hari kelima dibelikan tiket penerbangan pulang.

Azharina mengaku terkejut dengan permintaan gadis berusia 18 tahun itu kerana pekerjanya yang lain tidak pernah meminta.

“Saya hubungi ibu bapa gadis itu untuk memaklumkan perkara ini dan mereka meminta saya jangan melayan perangai anaknya.

“Bagaimanapun, saya malas hendak memaksanya terus bekerja dan membelikan tiket penerbangan pulang ke Kota Belud, Sabah pada hari kelima.

“Dia pulang 2 Januari lalu dan hanya bekerja kira-kira sebulan sahaja. Setibanya di kampung, dia menghubungi saya menerusi panggilan video memaklumkan dia sudah selamat sampai.

“Namun saya terkejut apabila melihat sarung telefon bimbit saya ada bersamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Azharina, dia cuba bertanya mengenai sarung telefon itu tetapi panggilannya dimatikan. Gadis itu mengelak setiap kali ditanya mengenai perkara itu.

“Selepas itu baru saya sedar tiga sarung telefon bimbit iPhone 5 hilang. Semua itu koleksi kesayangan saya yang dibeli di Itali ketika bercuti di sana tahun lalu. Dianggarkan untuk tiga sarung telefon itu bernilai RM500.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : hMetro online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background