Ayda Jebat Temberang!

Written by on 23/05/2018

Foto Ehsan Instagram Ayda Jebat

AYDA JEBAT  bakal muncul dengan single terbarunya selepas raya. Ayda sedang bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong untuk single terbaharunya yang berjudul Temberang.

Ayda berkata, dia teruja dengan kerjasama tersebut yang memperlihatkan dia turut menyumbangkan lirik dan melodi Temberang.

“Insya-Allah saya akan tampil dengan single baru hasil kerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong selepas Aidilfitri.

“Saya masih mengekalkan konsep lagu rancak malah sebenarnya tak sabar hendak lancarkan lagu ini supaya dapat ditujukan kepada kaki ‘temberang’,” katanya.

Sebelum ini Ayda pernah tampil dengan lagu seperti Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Mata dan Bagaikan Pelangi.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia akan berehat daripada dunia lakonan selama tiga bulan selepas sambutan hari raya bagi membolehkan dia memfokuskan kepada pelancaran Temberang.

“Kalau boleh nak lancarkan lagu itu sekarang tetapi sedari bulan Ramadan dan Syawal akan lebih banyak lagu raya diputarkan jadi kami tangguh dahulu.

“Insya-Allah selepas raya lagu ini akan dilancarkan dan saya akan berehat sekejap dari lakonan untuk pelancaran dan promosi lagu ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata, sepanjang Ramadan dia akan berada di set penggambaran drama berjudul Cinta Bukan Kristal sebelum bercuti untuk hari raya.

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background