Ayda Jebat suka lelaki Kelakar

Written by on 23/02/2018

Foto Ehsan Instagram Ayda Jebat

Walaupun sering memuat naik gambar bersama pelakon kacak Redza Rosli, namun kisah cinta Ayda Jebat masih lagi menjadi teka-teki. Menurutnya mereka hanya bersahabat baik.

Tambah Ayda lagi, dia senang dengan sikap Redza dan selesa berkawan dengannya. Apabila ditanya tentang ciri-ciri lelaki idamannya, rupanya penyanyi yang popular dengan lagu ‘Pencuri Hati’ ini sukakan lelaki yang kelakar.

“Saya sukakan lelaki yang kelakar. Ini sesuatu perkara yang subjektif untuk dihuraikan lebih lanjut.

 

“Memandangkan saya suka gelak, sudah tentu saya perlukan lelaki yang boleh membikin saya tersenyum dan ketawa,” katanya kepada Kosmo!

Menurut Ayda, lelaki itu haruslah seorang yang baik hati dan paling penting lelaki itu bukan jenis yang berlagak macho.

“Yang paling utama, dia haruslah ikhlas menerima diri saya dan keluarga seadanya. Tak berlagak macho dan tak poyo,” ujarnya.

 

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background