Pinjamkan Hatiku di curi! Ayda Jebat kecewa

Written by on 07/12/2017

Foto ehsan Instagram @aydajebat

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, menyuarakan rasa terkilan dengan pihak yang sanggup membuat siaran secara langsung filem sulung lakonannya, Pinjamkan Hatiku, menerusi laman sosial baru-baru ini.

Perasaan Ayda bercampur baur antara marah dan kecewa kerana tindakan itu ibarat mengkhianati karya yang dilahirkan secara komited dan susah payah pihak produksi.

Bayangkan, banyak perkara yang kami tanggung sepanjang penggambaran filem ini, termasuk kehilangan seorang kru yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Bukan itu saja, kami terpaksa berjalan jauh dan seawal jam 4 pagi bagi mendapatkan hasil terbaik. Semudah itu karya kami dikhianati,” katanya kepada BH Online.

 

Beliau turut merayu agar semua pihak bersama-sama membanteras kegiatan sedemikian kerana ia mampu membunuh industri filem tempatan.

Saya difahamkan, sebuah lagi filem turut mendapat nasib yang sama dan pelaku telah ditahan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ayda bersyukur dan gembira kerana kutipan filem yang menggandingkan dirinya dengan Shaheizy Sam serta Farid Kamil itu sudah mencecah RM1 juta selepas empat hari tayangan. Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian.com.my


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background