VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Ayda Jebat & Farid Kamil diserbu peminat

Written by on 21/11/2017

“Alhamdulillah selesai roadtour untuk harini. Terima kasih semua yang berada di GSC Aman Sentral & GSC Aman Jaya tadi! 30 November 2017 tengok filem ni. ” kata Ayda dalam posting IG beliau baru-baru ini.

Baru-baru ini Ayda Jebat dan Farid Kamil diserbu oleh peminat-peminat. Malah ramai yang serbu sampai tidak kelihatan kelibat pelakon-pelakon lain termasuk pengarah filem tersebut, Osman Ali. Mereka telah turun padang bagi sesi jelajah filem ‘Pinjamkan Hatiku’ yang diadakan di 2 pawagam sekitar negeri Kedah.

Dan yang pastinya, kemunculan para pelakon ‘Pinjamkan Hatiku’ di pawagam bertemu peminat semestinya dapat merapatkan lagi hubungan di antara peminat dan selebriti kesayangan mereka.

Pelakon filem ini akan turun ke bahagian Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Simpan tarikh di bawah ini untuk berjumpa dengan selebriti pujaan anda:

18 November 2017 (Sabtu)

Lotus Five Star (Kuala Terengganu): 12 Tengahari
TGV Mesra Mall (Kerteh, Terengganu): 4 Petang

19 November 2017 (Ahad)
GSC Berjaya Megamall (Kuantan, Pahang): 12 Tengahari
GSC East Coast Mall (Kuantan, Pahang): 4 Petang

 

Sumber berita daripada : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *