“Ayah saya selalu bercakap tentang Tun M ” – Aizat Amdan

Written by on 10/07/2018

SINGLE baharu Aizat Amdan yang berjudul Harapan Menjadi Nyata  adalah nukilan bapanya kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.

Aizat, 29, berkata, bapanya iaitu Datuk Amdan Mat Din terlalu mengagumi kepimpinan Tun M dan menganggap negarawan itu sebagai idola sejak bergelar Perdana Menteri ke-4 lagi.

“Ayah saya selalu bercakap tentang Tun M dalam setiap topik perbualannya. Buku-buku tentang Tun semua dia ada.

“Selepas dia bersara tujuh tahun lalu dia ada banyak masa untuk tulis luahan hati kepada idolanya itu dan minta saya cari melodi untuk dijadikan lagu.

“Jadi, inilah lagunya khas untuk memberi penghormatan kepada Tun M yang sudah berjasa kepada Malaysia begitu lama,” ujarnya kepada mStar Online.

Aizat ditemui pada majlis pelancaran single berkenaan yang diadakan di Menara TSR, di sini, Isnin.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Jangan Menangis ini berkata, keadaan kesihatan bapanya terjejas sejak diserang strok setahun lalu.

Katanya, bahagian kanan badan bapanya lumpuh dan hanya mampu menggerakan tangan dan kaki kiri sahaja.

Tambah Aizat, dia pasti bapanya antara individu yang gembira dengan kemenangan Tun M dan dipilih menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

“Saya tidak sangka Tun M akan naik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua. Sayangnya ayah saya sakit kalau tidak dia tentu gembira.

“Kalau bukan sebab sakit saya pasti ayah saya antara yang aktif menyokong kepimpinan Tun. Dia akan ikut ke mana-mana Tun pergi walaupun berdiri hanya dari jauh sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aizat berkata, lagu Harapan Jadi Nyata pernah dinyanyikan bersama penyanyi Suki Low dan Lorence Soosai dalam sebuah majlis penghormatan buat Tun M pada tahun 2011.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background