Awal Ashaari ditipu pengurus dan meminta dikembalikan wang beliau

Written by on 06/06/2018

AWAL Ashaari meminta pengurus artis yang diamanahkan untuk memegang wang hasil kerjanya agar memulangkan segera duit tersebut kepadanya.

Menurut Awal, wang tersebut dituntut sejak tahun lalu, namun sehingga kini wanita itu masih enggan memulangkan wang berkenaan. Awal juga tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat guaman untuk menuntut wang tersebut.

“Saya dah lama tuntut wang hasil kerja yang dibuat tahun lalu. Individu ini merupakan orang tengah dan wang hasil kerja saya dibayar menerusinya. Namun, sampai sekarang saya masih tidak dapat lagi wang tersebut.

Kata Awal lagi, selepas dia memuat naik status mengenai penipuan wanita itu di Instagram baru-baru ini, rupanya ramai lagi rakan artis pernah ditipu olehnya.

“Saya ada dokumen sah mengenai perkara ini dan sekiranya dia masih tidak membayar wang saya, saya tidak teragak-agak menggunakan khidmat guaman bagi mengeluarkan notis ‘letter of demand’. Lepas saya tulis kapsyen mengenai saya ditipu olehnya di Instagram baru-baru ini, baru saya tahu rupa-rupanya ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah kena tipu dengan orang yang sama,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Awal memberitahu, sudah banyak kali mereka bekerjasama namun tidak menyangka kali ini dia terkena. Dalam pada itu, Awal enggan mendedahkan jumlah wang tersebut dan berharap wang hasil titik peluhnya dipulangkan segera.

 

Sumber : Rotikaya.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background